Benarkah Alam Ini Tiada Pencipta?

Orang yang beranggapan bahawa alam ini tiada pencipta dinamakan Athies.Mereka berkeyakinan alam ini terjadi sendiri atau alam semulajadi. Kerana kalau alam ini ada Penciptanya,maka tentu pencipta itu ada pula penciptanya. Oleh kerana alam ini bersifat benda nyata atau materi, maka pencipta pun seharusnya berupa benda nyata atau dapat dilihat dengan biji mata sebagimana benda-benda alam ini. Aliran pemikiran ini disebut Materilisme.

Adanya anggapan dalam fikiran manusia bahawa alam ini terjadi tanpa penciptanya telah menjadi anggapan dan pegangan hidup kaum jahiliyah sejak ribuan tahun lalu. Salah seorang tokoh jahiliyah yang menyatakan pendiriannya dengan terus terang kepada masyarakat, bahawa alam ini ada tanpa pencipta ialah Fir’aun yang hidup di zaman Nabi Musa as.

Fir’aun berkata, sebagaimana dikisahkan oleh Allah di dalam Al Quran Surah Al-Qashshash:38
“Dan Firaun pula berkata: “Hai Pembesar kaumku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang Tuhan Yang lain daripadaku; oleh itu, Wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan Sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang Yang berdusta”.”

Pernyataan Fir’aun kepada kaumnya ini dimaksudkan untuk meyakinkan kaumnya bahawa sesungguhnya seruan Musa dan ajakannya untuk menyembah Allah Tuhan Pencipta Alam adalah suatu ajakan bohong atau penipu. Kerana itu tidak ada ertinya sama sekali menyembah kepada kekuasaan yang tidak mempunyai pengaruh sedikitpun terhadap tingkah laku manusia sehari-hari. Dalam pandangan Fir’aun, bahawa kekuasaan yang dapat mengatur dan menentukan tingkahlaku manusia sehari-hari secara konkrit adalah kekuasaan yang ada ditangannya.
Apa yang menjadi perintah Fir’aun itulah yang menentukan tingkah laku rakyatnya. Fir’aun beranggapan bahawa tidak ada kekuasaan yang selama ini dapat mengatur rakyatnya dan menentukan warna hitam putih masyarakatnya, selain kekuasaan tunggal yang ada di tangannya.
Kebongkakkan,kesombongan,ketakburan Fir’aun telah mendorongnya untuk mendemontrasikan kekuasaannya di hadapan para pembesar dan rakyatnya, dimana ia menyuruh Haman untuk membangun pencakar langit untuk melihat Tuhan yang diajarkan oleh Musa. Perintah Fir’aun ini bertujuan untuk memperlekeh Nabi Musa dan segali gus menanam perasaan ragu kepada kaumnya terhadap Nabi Musa as. sehingga kaumnya mendustakan ajaran Nabi Musa as. tentang adanya Tuhan pencipta alam ini.

Karakter jahiliah seperti dipelopori Firaun ini ada pada setiap saat dan tempat bahkan di zaman teknologi moden sekarang ini peradaban Barat terus berfaham ajaran Firaun ini, Apa yang berkembang dengan subur di negara-negara berfaham komunis, sosialis, humanis dan fahaman di luar ajaran Islam pada hakikatnya mengajak manusia untuk tidak menyembah Sang Pencipta Alam. Sebaliknya ajaran dan fahaman tersebut mengajak manusia untuk menyembah kepada ideologi,filsafat, dan ajaran-ajaran ciptaan manusia sendiri. Maka pada hakikatnya apa yang terjadi pada zaman teknologi maju ini hanyalah merupakan kelanjutan dari jahiliyah ciptaan Fir’aun.

About enter2islam

Allah s.w.t Pencipta Alam Semesta ini telah mencipta Jin dan manusia supaya beribadah dan berbakti kepada_Nya sahaja. Untuk maksud itu, DIA telah mengutus dan melantik para Nabi dan Rasul-Nya silih berganti dengan tujuan menyelamat manusia daripada Neraka serta mengajar manusia cara bagaimana sebenarnya DIA di sembah. Muhammad saw Rasul Allah terakhir yang melengkapkan semua syariat yang terdahulu. Oleh itu semua agama, kerpercayaan, ritual dan kitab terdahulu adalah tidak diiktiraf oleh Pencipta. Melalui Rasul-Nya, Allah swt mengatur jenis-jenis ibadat, syarat dan rukunnya, masa dan kaifiat pelaksanaannya.Rasulullah menyampaikan,menjelaskan dan melaksanakan titah perintah Allah s.w.t. melalui UCAPAN, PERBUATAN DAN PERAKUANNYA. Apabila Baginda wafat agama Islam telah lengkap dan sempurna. Tiada lagi syariat baru, jenis ibadat yang direka dan perintah yang ditambah setelah apa yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. Namun iblis belum bersara, selepas masa berlalu,terdapat berbagai-bagai jenis khurafat dan amalan-malan bid'ah muncul satu demi satu di kalangan umat Islam. Ia direka dan diselewengkan, lalu menjadi amalan rutin yang dipertahankan.
This entry was posted in Tak Berkategori. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen